Kita akan cari siapa 'dalang'

  • 6 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad senada dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa Datuk Seri Najib Razak selaku mantan Menteri Kewangan mempunyai kuasa meluluskan sejumlah RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Mahathir, jika bekas menteri kewangan mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui jumlah itu tidak dipindahkan bermaksud ada sesuatu yang tidak kena.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng semalam, beliau berkata jika Najib, selaku menteri kewangan pada waktu itu tidak memberi kelulusan agar sejumlah wang itu tidak dipindahkan ke dalam Tabung Bayaran Balik GST, maka bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang akan dipertanggungjawabkan menanggung segala kesalahan.

Mahathir dalam masa yang sama memberi jaminan akan mencari dalang yang terlibat dalam isu berkenaan dan akan mengheretnya ke mahkamah.

Mahathir berkata demikian pada dalam sidang media selepas merasmikan majlis persidangan “Cities 4.0” dan Pameran “Cities 4.0 + Business 4.0” anjuran Human Life Advancement Foundation dan Confexhub di Kuala Lumpur.

Recommended