Pelantikan Pengarah Intan ditarik balik

  • 5 years ago
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini mengesahkan penarikan semula surat pelantikan Datuk Seri Mohammad Iskandar Mohd Kaus sebagai Pengarah Institut Tabir Awam Negara (Intan).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Borhan Dolah berkata, keputusan itu berkuatkuasa serta-merta semalam selepas Mohammad Iskandar dilantik untuk jawatan itu pada 1 Julai lalu.

Sebelum ini, INTAN dalam akaun Facebook rasminya mengucapkan tahniah atas pelantikan Iskandar sebagai Ketua Pengarah berkuatkuasa Isnin lalu.

Recommended