Shahidan beri pantun, 'Bang Mat' jawab maksud “we can’t fight them”

  • 5 years ago
Sidang Dewan Rakyat ceria pada sebelah pagi sewaktu Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim memulakan pertanyaan dengan dua rangkap pantun kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Soalan itu berkisar mengenai apakah maksud “we can’t fight them” yang diucapkan di sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18 baru-baru ini.

Shahidan juga turut bertanya apakah bermaksud Malaysia tidak berupaya untuk menjaga pertahanan serta keselamatan dengan merendahkan keupayaan ketenteraan negara dan apakah negara tidak mampu untuk menghalau sekiranya berlaku pencerobohan perairan dari negara Asia lain disebabkan negara tidak mempunyai teknologi pertahanan yang boleh menyaingi mereka.

Kata Mohamad, Malaysia tetap tidak mahu berperang dengan mana-mana kuasa besar dunia, namun mengambil pendirian sikap berkecuali.