Annuar jawab MP bimbang drama TV beri watak buruk gelaran Tan Sri, Datuk Sri
  • 3 years ago
Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata kementeriannya sememangnya memantau kandungan drama yang disiarkan dalam televisyen.

Katanya, selagi ia tidak melanggar prinsip perlembagaan maka kementeriannya menginzinkan pendekatan kreaktif termasuk dalam skrip drama.

Terdahulu, Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Langat) bertanya soalan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai skrip drama yang menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral seperti melakukan hubungan sulit dengan isteri orang serta mengambil rasuah kerana ia menjatuhkan imej gelaran tersebut.