Ranking bukan tekanan

  • 5 tahun lalu
UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) berjaya melonjak sebanyak 43 anak tangga kepada kedudukan ke-159 terbaik dunia iaitu peningkatan tertinggi antara semua universiti tempatan dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2020.

Kedudukan tersebut meletakkan universiti berkenaan berada di tempat kedua terbaik negara di belakang Universiti Malaya (UM) yang menduduki tangga ke-70.

“Apabila kita sudah berada di ranking ini, orang mahu lihat kita meningkat lagi. Itu satu cabaran kerana nak naikkan ranking ini bukan senang.

“Tetapi tidak bermakna kita nak potong UM. Tetapi kita sama-sama naik ikut kemampuan masing-masing.

“Dan alhamdulillah sejak enam tahun ini, ranking UPM meningkat,” kata Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Aini Ideris dalam wawancara bersama wartawan Utusan Malaysia, ZABRY MOHAMAD MADZLAN dan MAISARAH SHEIKH RAHIM serta jurugambar FAUZI BAHARUDDIN di pejabatnya di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Disyorkan