Keputusan Zahid untuk kembali perlu pandangan MT - KJ
  • 5 years ago
Majis Tertinggi (MT) Umno perlu memberi pandangan sekiranya presiden parti itu, Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin kembali menerajui Umno selepas lebih enam bulan bercuti.

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata demikian sebagai tidak menyetujui pendapat bekas presiden Umno, Najib Razak yang menyatakan bahawa Zahid bebas untuk kembali menerajui tanpa perlu mendapat persetujuan MT.

"Walaupun Najib (Razak) kata tak perlu bincang dalam MT sebab Zahid presiden, itu betul dari segi perlembagaan.

"Tapi dari segi moral perlu dibincang dalam mesyuarat MT, Zahid bercuti dan MT yang menjalankan tugas dan tidak adil jika MT tak ada pandangan.

"Untuk nyatakan semata-mata keputusan Zahid saya kurang setuju, sebab selama beberapa bulan termasuk tiga pilihan raya kecil (PRK) lepas kita memang di bawah Tok Mat (Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan) dan MT," katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Sungai Buloh di Shah Alam, pada Ahad.
Recommended