Bedah siasat akan dibuat 12 mayat orang asli

  • 5 years ago
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad hari ini memberitahu Kementeriannya sedang melakukan siasatan lanjut dan masih belum menerima sebarang keputusan terbaharu tentang kajian penyakit yang dihadapi kaum Orang Asli itu.

Bagaimanapun setakat ini pihaknya sudah membuat bedah siasat dan mengesahkan dua penduduk Orang Asli yang mati terkena jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru.

Menteri Kesihatan, dalam siasatan awalnya hanya mendapati penduduk Orang Asli berkenaan dijangkiti bakteria dan mengalami jangkitan sekunder disebabkan virus.

Menurut Dzulkefly punca sebenar kematian Orang Asli berkenaan masih tidak diketahui.

Mereka berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Orang Asli yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang.