Hujan mengiringi majlis Cerapan Anak Bulan Syawal 1440H di KL

  • 5 years ago
Hasil dari langusng dari FB Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad AlBakr Islam berkomunikasi dalam telefon dan memberitahu Anak bulan tidak kelihatan di cerapan di Menara Kuala Lumpur kira-kira jam 7.20 petang.

Dengan itu, Malaysia hanya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Rabu, 5 Jun 2019,” katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan UAE telah mengumumkan bahawa hari Selasa akan menjadi hari pertama Aidilfitri.

Manakala Mesir, Palestin, Syria. Jordan, Malaysia dan Indonesia telah mengumumkan bahawa hari Selasa akan menjadi hari terakhir Ramadhan.

Sumber : FB Mufti Wilayah Persekutuan

Recommended