Mangsa buli mahu Kerajaan siasat siapa di sebalik FB Pseudoscience Watch

  • 5 years ago
Beberapa pengamal perubatan tradisional dan komplementari (TCM) hari ini mewakili berpuluh mangsa buli siber mendedahkan salah laku buli siber secara besar-besaran dan terancang sejak lebih 3 tahun dilakukan oleh Pseudoscience Watch atau PW.

Menurut mereka, mereka menerima banyak maklumat dan bukti mengenai kegiatan caci-makian, fitnah melalui cerita rekaan, public shaming, character assasination dan jugablackmailing yang dilakukan oleh PW Community terhadap mangsa-mangsa buli.

Perbuatan tidak beretika ini dilakukan sendiri oleh admin page PW Community ini atau oleh pengikut-pengikut page yang dihasut oleh halaman PW atau akaun-akaun palsu.

Mangsa dikatakan difitnah membunuh, menyesatkan dan membahayakan kesihatan masyarakat awam.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan mereka di sebalik PW adalah sekutu PW merupakan yang merupakan halaman dikendalikan oleh pengamal kesihatan.

Mereka mendakwa terdapat banyak penyertaan doktor-doktor dan staf kesihatan di bahagian komen halaman PW yang menyertai kegiatan cyberbully ini.

Pihaknya juga mendapat maklumat rasmi wujudnya aktiviti cybertrooper KKM yang bagaimanapun
dinafikan oleh admin halaman rasmi YBMK Dr Dzulkefly dan juga NGO yang bersekutu rapat dengan PW
iaitu Medical Mythbuster Malaysia (M3).

Mereka mendakwa mempunyai bukti kemungkinan penglibatan pegawai tinggi KKM dalam penubuhan cybertrooper ini.

Kami berharap pihak polis dapat menyiasat bukti dan dakwaan ini kerana ia melibatkan integriti Kementeriaan Kesihatan Malaysia.

Ramai anggota masyarakat merasa pelik kenapa tiada kenyataan rasmi daridapada KKM mengenai
aktiviti-aktiviti buli siber oleh halaman PW Communty sejak bertahun-tahun.