Utusan raikan kejayaan anak petugas
  • 5 tahun lalu
KUALA LUMPUR 2 Mei - Sebagai usaha meraikan kecemerlangan anak-anak petugas Utusan Melayu (M) Berhad dalam bidang pendidikan, syarikat berbesar hati meraikan mereka dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Ibu Pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 17 penerima dengan dua orang meraih keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), sembilan orang bagi calon Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan enam orang bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).