Kumpulan kedua petugas haji tiba di Jeddah

  • 6 tahun lalu
JEDDAH 29 Julai - Kumpulan kedua petugas haji yang akan bertanggungjawab menguruskan jemaah haji Malaysia tiba di Lapangan Terbang King AbdulAziz di sini, malam tadi.
Sebelum itu kesemua mereka yang seramai 135 orang terdiri daripada petugas perubatan, kebajikan dan media dilepaskan oleh Pengurus Besar Kanan (Haji) Tabung Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kumpulan-kedua-petugas-haji-tiba-di-jeddah-1.364018#sthash.MskF4IMK.dpuf