Tidak timbul isu aset TH diurus bukan Islam - Fuziah

  • 5 years ago
Soal aset Tabung Haji (TH) diuruskan oleh ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak timbul kerana aset TH berkenaan dipindahkan kepada syarikat tujuan khas SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd diketuai Izad Shahadi Mohd Sallehuddin yang dilantik sebagai CEO pada 2 April lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menjelaskan bahawa penubuhan SPV yang dimiliki oleh kerajaan dikenali sebagai UJSB itu bertujuan membantu mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti TH.

“Pelantikan ini (Izad Shahadi) sebagai langkah pembentukan pasukan pengurusan di UJSB bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan aset-aset yang dipindahkan TH.

“Maka tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji," katanya ketika menjawab soalan Senator Fahariyah Md Nordin.

Recommended