TERKINI : SAYA TAN NAK KOMEN! Kes Polis, Bedah Siasat CEO Cradle Fund - Dr. Dzulkefly
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak berhasrat untuk mengulas mengenai hasil bedah siasat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund), Allahyarham Nazrin Hassan, kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Saya tidak mahu berikan apa-apa ulasan. Kita serahkan kepada polis untuk siasat,” katanya ditanya berhubung laporan bedah siasat Allahyarham Nazrin.

Terdahulu Dr. Dzulkefly merasmikan Seminar Kesihatan Malaysia di Hotel Istana di sini, hari ini.

Dua hari lalu, media melaporkan polis telah menyerahkan laporan bedah siasat kali kedua Allahyarham Nazrin kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 22 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata, sebarang tindakan lanjut akan diketahui selepas mendapat maklum balas dan keputusan daripada pihak terbabit. – MalaysiaGazette


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended