TERKINI : "Saya Tiada Komen" Siasatan Kes Kematian Model Belanda - Ketua Polis Negara
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Kematian model Ivana Esther Robert Smit yang ditemui maut di balkoni unit kondominium CapSquare Residences di sini dua tahun lalu, 7 Disember 2017 di Dang Wangi disiasat polis mengikut Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.

Itu jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun selepas diminta mengulas mengenai reaksi Mahkamah Koroner yang mendakwa polis yang melakukan siasatan itu sepatutnya boleh lebih mendalam dan menyeluruh lagi kerana bukti yang dikemukakannya dalam kes setakat ini belum cukup untuk mendedahkan punca kematiannya.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu komen sama ada ada kelemahan siasatan pada polis dan sebagainya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended