TERKINI : 3.2Juta Penduduk Malaysia Terdedah Risiko Dadah - Azis Jamman

  • 5 years ago
PUTRAJAYA- Dianggarkan seramai 3.2 juta keluarga di negara ini tinggal di kawasan berisiko tinggi dikenalpasti oleh pihak berkuasa ketika ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mendedahkan angka tersebut dengan menyatakan elemen persekitaran kehidupan yang tidak kondusif menjadi penyumbang kepada faktor risiko dalam penyalahgunaaan dadah.

Malah kata beliau, setelah 36 tahun, trend penggunaan dadah telah berubah, daripada dadah yang berasaskan tumbuhan (plant based) seperti ganja dan heroin, kini telah beralih kepada dadah sintetik seperti syabu dan ectacy serta pil psikotropik.
 
“Kesan mudaratnya lebih merbahaya daripada dadah organik kerana dadah-dadah jenis sintetik ini mempengaruhi tingkah laku kepada pengguna dan penagih dadah yang menggunakannya.

“Jumlah salahguna dan penagih dadah sepanjang tahun 2018 yang dikesan merekodkan sejumlah 161,945 orang. Daripada jumlah tersebut sahaja, sejumlah 116,204 orang penagih telah kenalpasti AADK.
 
“Peningkatan penyalahgunaan dadah jenis Methamphitamine serta munculnya dadah psikoaktif jenis baru atau New Psychoactive Substances (NPS) adalah ancaman utama kepada masalah penagihan dadah pada masa kini. Sehingga Disember  2017, kemunculan  NPS telah dilaporkan di 111 buah negara.

“Pada tahun 2009, hanya 340 jenis NPS telah ditemui. Jumlah ini meningkat kepada 803 jenis NPS pada tahun 2017, iaitu peningkatan sebanyak 136 peratus.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended