TERKINI : Calon PH, Aiman Zainali Tinjau Keperitan Penduduk di Semenyih
  • 5 years ago
SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang ditemui selepas menziarahi beberapa keluarga asnaf dalam siri jelajah kempennya berkata, beliau berjanji akan menjadi pemudah cara kepada penduduk di Semenyih untuk mendapat bantuan yang wajar sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut.

Katanya, berdasarkan pertemuannya dengan asnaf, isu yang sering didengar ialah berkaitan birokrasi antara jabatan kerajaan yang menguruskan bantuan kepada rakyat.

"Ada yang kita temui tak dapat bantuan mungkin kerana prosesnya yang menyebabkan jadi begitu hingga menyebabkan orang jadi muak.

"Insyaallah kalau saya diberi peluang mungkin boleh dipanggil agensi-agensi ini turun ke bawah untuk datang ke rumah-rumah bagi menunjukkan saluran bagaimana nak dapatkan bantuan," tambah beliau. - MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended