TERKINI : AMBIGA!!! You Are A Liar, You Are A Criminal! - Raggie Jessy
  • 5 years ago
PETALING JAYA – Datuk S. Ambiga didesak lagi supaya tampil membuat pengakuan yang beliau memberi maklumat kepada Clare Rewcastle Brown berhubung kes dana RM90 juta yang didakwa diterima Pas daripada UMNO.

Ketua Pergerakan Malaysiaku Tanah Airku, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, sikap berdiam diri Pengerusi Bersih itu dianggap pelik.

Ambiga juga sebelum ini juga enggan memberi kenyataan dengan memberi alasan kes saman sedang berlangsung di mahkamah di London, katanya.

Namun tegas Raggie, kes itu telah pun diselesaikan di luar mahkamah dan tiada alasan untuk bekas Presiden Majlis Peguam itu mengelak diri lagi.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended