TERKINI: Sindiket 'Abang Is' Kena Cekup Imigresen

  • 5 years ago
PUTRAJAYA – Sebuah sindiket yang disyaki menjalankan penipuan penggajian semula pekerja asing dengan menggunakan syarikat pelancongan berjaya ditumpaskan semalam.

Sindiket ‘Abang Is’ yang telah mengaut keuntungan kira-kira RM2.2 juta itu melibatkan 270 mangsa terdiri daripada pekerja dari India, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, Bahagian Penguatkuasa Imigresen Selangor dan Negeri Sembilan bersama Pasukan Taktikal Khas (Pastak) telah mengesan dan menjalankan tangkapan terhadap suspek yang disyaki menjalankan aktiviti penipuan menerusi agen pelancongan yang berdaftar sebagai Growing Global Multiple Business Sdn. Bhd.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended