TERKINI : Nu Skin Biayai RM2.8 juta Kanak-kanak Masalah Jantung

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Sebanyak lebih kurang RM2.8 juta dikeluarkan oleh Nu Skin Malaysia untuk membiayai kanak-kanak yang menghadapi masalah jantung dan berlatar belakangkan keluarga yang tidak mampu.

Menurut Pengurus Besar NU Skin Malaysia dan Brunei David Cheong, jumlah suntikan dana itu diberikan kepada Yayasan IJN untuk membiayai sepenuhnya rawatan 185 kanak-kanak termasuk kos pembedahan di situ sejak sepuluh tahun yang lalu.

Bagi Nu Skin menurut David, bantuan ini menjadi satu suntikan kegembiraan bukan setakat kepada kanak-kanak yang sakit untuk kembali sihat, dalam masa yang sama kepada ibu bapa yang datang daripada kumpulan tidak mampu untuk membayar puluhan ribu kos rawatan anak mereka di IJN.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Recommended