TERKINI : "Kontroversi Perkahwinan Kanak-kanak 11 Tahun Tidak Sah!" – Wan Azizah
  • 5 years ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan perkahwinan kanak-kanak berusia 11 tahun yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tidak sah dari segi undang-undang dan kerajaan akan mengambil langkah untuk membela hak kanak-kanak tersebut.

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, beliau memandang serius kes tersebut kerana wali kanak-kanak tersebut tidak mendapat kelulusan mahkamah untuk mengahwinkan anaknya dengan lelaki lebih tua.

“Dari segi undang-undang, perkahwinan ini adalah tidak sah kerana mendapat kelulusan mahkamah untuk bapanya mewalikan anaknya menjadi isteri kepada orang lebih tua daripadanya kerana dia bawah umur 11 tahun.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended