TERKINI : Bekas Atlet Olimpik Negara Beraksi di #RegattaLangkawi2019
  • 5 years ago
LANGKAWI - Pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy berkata penyertaan beliau dalam kejuaraan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2019 amat bermakna buat dirinya.

Apa tidaknya, cita-cita untuk turut serta dalam kapal layar siri TP52 Provezza tercapai juga akhirnya.

"Ini pertama kali saya bersama Team Hollywood jadi ini satu penghormatan yang terbaik bagi saya. Dia ada kapal yang bagus, dan saya sangat kagum dengan kapal ini.

"Cita-cita untuk baik kapal tercapai di Langkawi, dan setakat ini keputusan pun sangat bagus jadi saya gembira dengan pencapaian saya setakat ini," katanya ketika ditemui MalaysiaGazette pada hari ketiga RILR 2019 di Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) sebentar tadi.

Keseluruhan hari ini Team Hollywood dari Australia terus mengungguli kedudukan teratas dengan 5 mata jauh meninggalkan juara keseluruhan tahun lalu, pasukan dari Thailand, THA72 dengan perbezaan 5 mata.

Untuk rekod, Khairulnizam merupakan atlet pertama negara menempah tiket ke Olimpik dalam kategori acara lumba layar di Sukan Olimpik Musim Panas 2012.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended