TERKINI : 14 TUDUHAN RASUAH! Bekas Ahli Lembaga Felda Mengaku Tidak Bersalah
  • 5 years ago
Bekas Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 14 pertuduhan rasuah berjumlah RM23,540.68.

Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid, 56, yang juga bekas ahli Parlimen Kota Tinggi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menerima bayaran ansuran kenderaannya itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut kesemua pertuduhan, Noor Ehsanuddin didakwa menerima ansuran kenderaan berjumlah RM23,540.68 bagi kereta bernombor WQP 329 jenis BMW berwarna perak daripada syarikat Karya Hidayah Sdn Bhd (KHSB).

Kesemua pertuduhan itu dilakukan di Affin Bank Berhad Cawangan Maluri di sini dari 10 Februari 2014 hingga 9 November 2015 yang mana mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai ahli Lembaga Pengarah Felda.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended