TERKINI: Chua Soi Lek ajak ahli MCA ubah kepimpinan
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR – Bekas Presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek mengajak ahli mengubah barisan kepimpinan parti itu pada pemilihan yang akan berlangsung kelak.

Beliau berkata, kepimpinan yang ada pada hari ini mengecewakannya kerana gagal mengemudi parti apabila tidak dapat membuat keputusan yang mudah, sama ada terus kekal dalam Barisan Nasional (BN) atau tidak.

“Saya kecewa dengan parti sebab kepimpinan hari ini tidak boleh berhadapan dengan isu yang besar melibatkan parti.

“Kenapa kepimpinan MCA hari ini tidak boleh buat keputusan untuk kekal dengan BN atau tidak,” katanya berucap di majlis pelancaran buku tulisannya yang bertajuk “Like Me or Hate Me: Rising From The Political Ashes”.

Oleh kerana kepimpinan MCA hari ini dilihat Chua sebagai tidak berani, maka ahli parti itu perlu bertindak untuk membuat perubahan menerusi undi mereka pada pemilihan parti yang dijangka akan berlangsung pada November.

“Kepimpinan parti itu sepatutnya berani kata perkara yang benar dan buat perkara yang benar.

“Ahli kena memberanikan pemimpin dengan undi, untuk dapatkan pemimpin yang berani kamu (ahli) kena berani ubah kepimpinan. Ubah kepimpinan,” tambah Soi Lek yang berusia 71 tahun. -MalaysiaGazette

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended