TERKINI : UMNO dan MIC tolak Resolusi MCA Bubar BN - Mohamad Hasan
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Tiada sebarang konsensus dicapai untuk membubarkan Barisan Nasional (BN) seperti mana yang dicadangkan oleh MCA menerusi resolusi perhimpunan agung tahunan parti itu, Disember lalu.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, mesyuarat Majlis Tinggi BN hari ini sebulat suara menolak cadangan itu selepas UMNO dan MIC mencapai konsensus untuk mengekalkan gagasan lebih 60 tahun itu.

"Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong telah membentangkan resolusi setelah mendapat mandat daripada (CWC).

"Pandangan beliau diberikan secara terpirinci, kenapa dan bagaimana resolusi ini terjadi dan mengambil kira keadaan semasa.

"Mesyuarat tiada konsensus berkenaan dengan resolusi yang telah dibentangkan oleh MCA iaitu untuk membubarkan BN," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Menara Dato' Onn, di sini, hari ini.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Recommended