TERKINI : "Seronok Dapat Undi Diri Sendiri' - Isa Samad
  • 5 years ago
PORT DICKSON - Calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Isa Samad berkata beliau kini mendahului calon lain dengan lima undi sekitar jam 12 tengahari tadi.

Isa yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan turut melahirkan rasa syukur apabila keempat-empat anaknya mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sama iaitu Linggi.

"Saya mendahului empat undi. "Saya gembira sebab kesemua anak-anak saya dapat mengundi bersama sala walaupun di pusat mengundi yang berbeza.

"Selalu kita undi orang, sekarang kita undi diri sendiri. Kalau ada rezeki saya boleh menang PRK Port Dickson. Banyak sikit majoriti janji menang," katanya setelah selesai mengundi di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Linggi, sebentar tadi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended