TERKINI : "Saya Bukannya 'Disuntik' Oleh Tun M" - Isa Samad
  • 5 years ago
Dimikian reaksi bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad apabila ditanya mengenai dakwaan di luar kononnya beliau telah diturunkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pilihan Raya Kecil Port Dickson kali ini.

Beliau yang bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen itu berkata, soal planted oleh Tun Mahathir tidak timbul kerana beliau tidak pernah bertemu dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu.

Sejak hari pertama bekas Mohd Isa mengumumkan bertanding bebas di kerusi itu, khabar angin mula tersebar kononnya bekas ADUN Bagan Pinang itu telah disuntik' oleh Tun Mahathir untuk memecahkan undi Melayu dan tentera di Parlimen itu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended