TERKINI: Mustahil kes 1MDB boleh selesai dalam masa setahun - CEP

  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram berkata agak sukar untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelesaikan siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam masa setahun.

Menurutnya, pihak berkuasa pastinya akan berhadapan dengan pelbagai peringkat siasatan kerana isu ini melibatkan pelbagai proses transaks dan beberapa negara terlibat.

"Bukan mudah untuk polis untuk menyiasat apa yang berlaku di tempat lain, jadi kerana itu saya kurang yakin dalam diselesaikan dalam masa setahun.

"Saya harap polis akan siasat dengan teliti dan akan dapat bongkar segala maklumat tetapi skandal ini begitu luas implikasi dan melibatkan begitu ramai pihak. Saya kurang yakin siasatan ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan buku 'Till Debt Do Us Part' hasil karya Prof Dr. Mohd Nazari Ismail di Bangunan Azman Hashim, Universiti Malaya (UM) hari ini.

Dr Jomo berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim semalam.

Dalam satu sidang media semalam, Noor Rashid berkata sebanyak RM2.973 bilion wang daripada 1MDB dikesan dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended