TERKINI : PDRM Selesai Siasat Kes Surat CIA Bocor - Mohamad Fuzi Harun

  • 5 years ago
Polis telah telah melengkapkan kertas siasatan dalam kes pembocoran surat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang tular baru baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan itu kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPP) untuk tindakan susulan.

“Kita sudah hampir melengkapkan kertas siasatan itu dan akan merujuk kepada TPP untuk mendapat arahan lanjut berhubung perkara ini.

“Saya tidak mahu mendedahkan mengenainya (pelaku yang membocorkan surat). Cuma boleh sahkan kita sudah lengkapkan kertas siasatan berkaitan,” katanya dalam sidang media khas selepas Seminar PDRM Mendepani Cabaran dan Kepolisan Moden di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Ia merupakan program anjuran bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang dihadiri pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Recommended