TERKINI : Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Masih Diperlukan - Tan Cheng Kiat
  • 5 years ago
KUALA LUMPUR - Kehadiran Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) semasa tempoh kritikal 100 hari selepas penubuhan kerajaan baharu telah membawa kestabilan terhadap ekonomi dan keamanan Malaysia.

Lantaran itu pemain-pemain industri berpendapat peranan lima tokoh ternama negara daripada pelbagai bidang itu hanya boleh ditamatkan apabila barisan Kabinet yang tidak mempunyai pengalaman dalam memimpin kementerian benar-benar mampu menjalankan tanggungjawab mereka sendirian.

Menyifatkan kerjasama di antara CEP dengan para menteri yang baharu dilantik sebagai hubungan pekerja senior dan pekerja baharu, Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat berkata, hubungan itu sangat penting demi memastikan Malaysia terus maju dan aman walaupun berlakunya perubahan rejim buat pertama kalinya dalam sejarah.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended