Polis Berjaya Tumpaskan Geng Gagak Hitam
  • 5 years ago
Seorang penjenayah dipercayai ahli Geng Gagak Hitam yang terlibat dalam kes samun ditembak mati oleh polis di Jalan Memanda, Ampang awal pagi semalam.

Kumpulan samun itu dipercayai terlibat menyamun mangsa-mangsa yang mahu melakukan pertukaran mata wang asing dolar Amerika sejak 2016 lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.50 pagi itu, pasukan Jenayah Berat (D9) telah menangkap empat lelaki termasuk seorang lelaki berbangsa Arab dan Afrika yang disyaki anggota geng tersebut.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended