Dewan Rakyat kecoh: Pembangkang dakwa Speaker penipu
  • 5 years ago
PARLIMEN - Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila kumpulan Ahli Parlimen pembangkang tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker yang didakwa menangguhkan proses pengundian bagi meluluskan kenaikan harga minyak.

Dalam sidang media oleh kumpulan pembangkang, Lim Guan Eng berkata, ketika proses pengundian tersebut, pihak pembangkang boleh memenangi proses undian tersebut dengan jumlah 52 undi daripada pembangkang, berbanding 51 daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, Speaker didakwa sengaja melengahkan proses undian tersebut bagi memberi ruang kepada ahli-ali parlimen Barisan Nasional memasuki Dewan Rakyat untuk proses undian.

Ekoran itu, berlaku jerit-menjerit dari kalangan ahli-ahli parlimen pembangkang kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Speaker.

Antara yang rilaunhkan oleh mereka termasuklah “speaker tipu”.-MalaysiaGazette