Perlu ada harmoni antara Sultan, Dr M - Ketua Pembangkang

  • 5 years ago
Tidak perlu berkeras dalam mempertahankan hak masing-masing berdasarkan undang-undang, kata Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob.

Beliau mengulas berhubung ketegangan antara Sultan Johor dan Dr Mahathir Mohamad dalam isu pengganti Menteri Besar Johor.

Walaupun tidak mengetahu dengan lebih jelas dari sudut undang-undang, Ismail Sabri mahu Dr Mahathir dan Sultan Johor menyelesaikan masalah tersebut secara harmoni.