Larian komuniti Sharp terima sambutan menggalakkan

  • 5 tahun lalu
SHAH ALAM April 9 - Larian komuniti Sharp I love Shah Alam Fun Run menerima sambutan menggalakkan dengan kira-kira 4,000 peserta telah mendaftar bagi acara itu.

Acara yang julung kali diadakan itu dianjurkan Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (SEM) dan akan berlangsung pada 21 April ini di Seksyen 27 di sini.