'Melayu perlu keluar dari momokan kedudukan mereka terancam'

  • 5 years ago
Orang Melayu perlu keluar daripada momokan bahawa kedudukan mereka terancam jika mahu bergerak ke hadapan dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan negara, kata Menteri Besar Johor Osman Sapian.

Berucap di Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia: Dasar Bumiputera di UiTM Shah Alam hari ini, Osman berkata ia berterusan sejak dulu lagi walaupun ia hanyalah "retorik politik mengarut" yang dilaungkan golongan yang berpaut pada politik laungan.

"Walaupun sudah ramai Melayu yang berpendidikan, kita masih tak mampu meyakinkan diri sendiri bahawa tiada apa yang perlu ditakutkan Melayu di negara ini yang jelas mempunyai hak dan dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

"Mungkin disebabkan kita sering menggunakan emosi yang jelas tidak membantu menyelesaikan masalah berbanding logik, fakta dan daya intelek," katanya.

Recommended