Lokman Adam didakwa hari ini susulan insiden melibatkan mahasiswa UM
  • 5 years ago
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah pada hari ini susulan insiden beberapa mahasiswa Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lokman tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8.40 pagi tadi.

Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.

Jumaat lepas, tercetus insiden tolak menolak antara mahasiswa UM dan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu.

Semasa kejadian, Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.