'DAP, jangan takut'

  • 5 years ago
PAS berkata DAP tidak perlu bimbang dengan kemungkinan Malaysia akan menjadi seperti negara Taliban jika kerjasama mereka dengan Umno berjaya menang dalam PRU ke-15.Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberi jaminan kerjasama dua parti itu tidak akan menyebabkan negara dilanda masalah perkauman.Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen, hari ini.Pada 9 Mac lalu, akhbar Sin Chew Daily memetik Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang membuat perbandingan antara PAS dan Umno dengan Taliban.Beliau berkata ia akan memecah-belahkan rakyat berdasarkan garis kaum dan agama.Kenyataan itu mengundang kritikan PAS dan Umno yang menyifatkan kenyataan Nga itu berniat jahat.Semalam, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata beliau "pada tahap tertentu" setuju dengan Nga kerana menurutnya Umno dan PAS menggunakan isu agama dan kaum untuk mendapatkan sokongan.