‘Saya, PAS tak bayar Clare'

  • 5 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa tiada sebarang bayaran dibuat kepada Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah.

Hadi berkata, PAS atau beliau sendiri secara individu tidak pernah membuat bayaran RM1.4 juta itu seperti didedahkan peguam Rewcastle-Brown, Americk Singh Sidhu dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hadi turut mengulangi penafian parti itu sebelum ini berhubung dakwaan PAS membyar RM1.4 juta kepada Clare, menerusi pihak ketiga, untuk penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah yang difailkannya di London.

Hadi berkata, 'pertuduhan' terbaru ke atas PAS berhubung pembayaran RM1.4 juta kepada Clare hanyalah satu agenda pihak tertentu untuk menjatuhkan parti berkenaan.

Katanya, PAS hanyalah sebuah parti miskin yang menerima sumbangan daripada orang ramai dan tidak mempunyai dana untuk membayar Clare seperti didakwa.

Hadi berkata demikian sidang media selepas Program Tazkirah Bulanan di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.