Ada manusia beria sangat nak jadi PM, sindir Salehin
  • 5 years ago
Pesuruhjaya Pas Selangor Salehin Mukhyi berkata perihal dalam memberi kuasa kepada seseorang adalah kerja Allah dan manusia hanya perlu melakukan kerja yang patut dibuat."Kita tak perlu buat kerja Allah dalam hidup tapi kita perlu buat kerja kita apa yang perlu."Ada manusia beria sangat nak jadi Perdana menteri. Sebenarnya soal nak beri kuasa itu (hak) Allah. Kalau Allah izinkan dapatlah kamu, kalau tidak tak payahlah kamu akan jadi PM tepi sahaja. Tapi kerja kamu kena buat soal perpaduan umat islam mesti kamu bela, " kata Salehin dalam Program Sembang Santai kempen BN di Kampung Sentosa malam tadi.
Recommended