Takut 'Bossku' masuk UKM ke, soal Najib pada menteri
  • 5 years ago
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan janji kebebasan akademi oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik selepas pihak pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunda program sembang santai 'Bossku' yang dijadual petang ini, selepas solat Jumaat.

Najib berkata demikian dalam protes bersama mahasiswa di luar masjid UKM di Bangi.