'Orang politik lepas 14 hari akan 'blah'
  • 5 years ago
Calon bebas bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Semenyih Kuan Chee Heng membidas ahli politik yang membuat pelbagai janji dalam tempoh kempen pilihan raya kecil namun akan hilang sebaik sahaja mereka kalah.

Beliau juga berkata kempen pilihanrayanya tidak difokuskan sama ada beliau menang atau kalah kerana rakyat tidak pernah menang.

Kuan, yang dikenali sebagai Uncle Kentang, adalah seorang aktivis sosial yang terkenal di media sosial.

Beliau berkata beliau menggunakan pilihan raya kecil ini sebagai platform untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat dan bukan untuk mencari populariti.