Parti komponen PH bebas tentukan kaedah terima anggota baharu
  • 5 years ago
Pakatan Harapan (PH) memberi kebebasan kepada setiap parti komponen dalam gabungan itu untuk menentukan sendiri kaedah penerimaan masuk anggota baharu ke dalam parti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Saifuddin Abdullah.Jelasnya, perkara itu memang sudah pun diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH sebelum ini.Beliau mengulas dakwaan kononnnya wujud perasaan kurang senang dalam kalangan parti komponen PH susulan penyertaan enam bekas Anggota Parlimen UMNO ke dalam Bersatu baru-baru ini.