'Saya tak pernah jadi boneka'

  • 5 years ago
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan kaji selidik yang mendapati lebih daripada 60 peratus responden percaya bahawa bukan Islam kini mengawal kerajaan dan DAP menguasai kerajaan di Putrajaya.

Mahathir dalam sidang media pada hari Jumaat lepas menegaskan beliau telah bercakap kepada ramai Melayu dan ia membuktikan sebaliknya.

Pengerusi Bersatu itu juga mendakwa ia adalah kempen pembangkang untuk memburukkannya dan beliau dengan tegas menolak bahawa beliau adalah boneka kepada sesiapa.

Tinjauan yang dijalankan bersama oleh badan kaji selidik Ilham Centre dan badan pemikir Institut Pulau Pinang, telah menemu bual 2,614 responden Melayu antara 24 Okt dan 24 Disember 2018.

Recommended