Tiada lagi peperiksaan bagi murid Tahap Satu mulai 2019

  • 5 years ago
Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa mulai tahun 2019, bentuk pentaksiran bagi murid Tahap Satu (tahun 1, 2 dan 3) di semua sekolah rendah akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun dijalankan bagi murid Tahap Satu di mana guru akan lebih memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karektor dan sahsiah murid dan membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan malah akan mewujudkan budaya belajar yang lebih seronok dan bermakna.

Recommended