"Pendekkanlah umur kerajaan Pakatan Harapan ini," doa penutup himpunan
  • 5 years ago
Anggota Parlimen Pasir Puteh Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh menutup perhimpunan petang ini dengan membacakan doa. antara lain supaya kerajaan Pakatan Harapan "pendek umur".

"Ya Allah, pendekkanlah umur kerajaan pakatan harapan ini, ya Allah," katanya di atas pentas dan dalam hujan sederhana.

Beliau juga berdoa agar pengundi muda yang memberi undi PH sebelum ini supaya "kembali ke pangkal jalan".

"Jadikanlah anak-anak muda yang memberi undi kepada PH supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

"Jadikan mereka juga yang akan menjatuhkan kerajaan yang mereka pilih (semasa PRU lalu)," katanya.