Skim baru bayaran balik PTPTN ditangguhkan

  • 5 years ago
Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan skim pembayaran semula untuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam satu kenyataan hari ini Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata skim itu digantung buat sementara waktu.

"Skim pembayaran semula PTPTN akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga kami menerima input dan maklum balas secara kolektif daripada semua pemegang taruh," katanya melalui Twitter tengah hari ini.

Pada 5 Dis lalu Pengerusi PTPTN mengumumkan langkah badan itu untuk melaksanakan skim bayaran balik pinjaman secara progresif atau potongan gaji berjadual (PGB) mulai Jan 2019.

Katanya pemotongan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada gaji yang diterima peminjam PTPTN apabila mereka dibayar RM2,000 sebulan.

Katanya potongan dibuat di antara dua hingga 15 peratus.

Bagaimanapun langkah itu dikecam pelbagai pihak, termasuk di kalangan penyokong kerajaan.