Zahid 'gegar' Seri Setia kempen untuk PAS
  • 6 years ago
Parti pembangkang – PAS, Umno, MCA dan MIC – buat pertama kali berkongsi pentas ceramah membantu kempen calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Dr Halimah Ali.

Ceramah yang berlangsung di PJS8, dihadiri Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Senator Datuk Ti Lian Ker dari MCA dan Anggota Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan (MIC).

PRK Seri Setia menyaksikan pertandingan satu lawan satu dengan calon Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar berdepan Dr Halimah.

PRK DUN Seri Setia susulan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos akibat kanser usus.