Ratusan penyokong Musa Aman sudah berkumpul di lapangan terbang
  • 6 years ago
Penyokong UMNO sudah berkumpul menunggu ketibaan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Tan Sri Musa Aman dijangka tiba dengan pesawat khas tengah hari ini di Kota Kinabalu

Musa tiba di Kuala Lumpur minggu lepas dan segera dimasukkan ke hospital swasta kerana masalah kesihatan.

Musa Aman perlu mengangkat sumpah di depan speaker Dewan Undangan Negeri paling lewat pada 11 September, atau tempatnya terpaksa dikosongkan bagi pemilihan baru.

- BERNAMA