Senator MCA selar Kit Siang ibarat singa jadi anjing suruhan

  • 6 years ago
Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mempersoalkan sikap membisu penasihat DAP Lim Kit Siang terhadap beberapa keputusan kontroversi yang dibuat oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Pakatan Harapan.

Ti yang juga jurucakap publisiti MCA, Kit Siang dan wakil rakyat DAP sebelum ini "mengaum seperti singa" berhubung isu-isu seperti Proton dan Khazanah tetapi kini telah bertukar menjadi "anjing suruhan".

Ti merujuk kepada artikel 2012 di blog Kit Siang yang ditulis oleh dermawan Koon Yew Yin, yang berkata "Proton adalah harga patriotik tanpa otak" dan bahawa penubuhan Proton Nasional Bhd pada tahun 1983 adalah "kesilapan yang mahal".

Dalam satu kenyataan kepada pihak media, Ti mempersoalkan dimana suara Kit Siang ketika Mahathir bercadang untuk meneruskan projek kereta nasional ketiga.

Ti turut mendakwa Kit Siang juga senyap ketika anaknya, bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang kemudiannya dijadikan menteri kewangan berdepan dengan tuduhan rasuah.