'Jangan guna paksaan'

  • 6 years ago
Kerajaan tidak berhasrat untuk menggunakan pendekatan 'memaksa' bagi pramugari syarikat penerbangan MAS supaya memakai pakaian yang dianggap senonoh, seperti yang dikritik pembangkang, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamaruddin Jaafar.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary berhubung tata pemakaian pramugari MAS supaya menepati syariah.