'Hubungan keruh Australia, Mahathir perkara lama'

  • 6 years ago
Kerajaan Australia mengenepikan hubungan 'keruh' di masa lalu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini bersedia untuk bekerjasama dengan perdana menteri dan pentadbiran barunya.

"Saya bersedia untuk hubungan positif bagi babak yang mengujakan dalam hubungan antara Malaysia dan Australia ini," kata Menteri Luar Negeri Australia, Julie Bishop dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Hotel Mandarin Oriental hari ini.

Pada 1993, perdana menteri Australia ketika itu, Paul Keating menggambarkan Dr Mahathir sebagai "keras kepala" selepas Dr Mahathir memboikot Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Seattle.

Bagi Bishop, perkara itu sudah lama berlalu dan situasi sudah banyak berubah.